Rentetan perarakan 7 Mac 2009 Perarakan_Keranda_Mac_2009

Perarakan ini telah dirancang sebelum 31 Januari 2009 lagi. Pada mulanya polis enggan mengeluarkan permit perhimpunan. Polis memberi amaran berkali-kali agar rakyat tidak menyertai perhimpunan haram. Akhirnya polis mengeluarkan permit di Masjid Negara sahaja. Perhimpunan di Sogo , Pasar Seni dan berarak beramai-ramai ke Istana Negara tidak dibenarkan sama sekali.

  • 9.00 pagi polis berkawal dan mengadakan 16 sekatan jalan seperti di Pasar raya Sogo, Masjid Negara, Pasar Seni, Istana Negara, Jalan Brickfield, Jalan Kuching, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Sungai Ramal, Kajang dan lain-lain.
  • 1.00 tengah hari penyokong anti PPSMI semakin ramai di Masjid Negara, Sogo dan Pasar Seni. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung PAS, Nasharuddin Mat Isa dan lain-lain pemimpin kelihatan sembahyang Zohor di Masjid Negara. Helikopter polis berlegar-legar di udara bagi mengira jumlah , lokasi pennyokong , arah aliran ,memberi gambaran dan arahan keselamatan lebih tepat .
  • 2.00 tengah hari , A Samad Said dan Datuk Hassan Ahmad bergerak ke Istana Negara bagi menghantar memorandum kepada Penolong Datuk Paduka Maharajalela, Azuan Effendy Zairakithnaini . Polis mengiringi mereka hingga ke pintu pagar dan memorandum berjaya diserahkan . Pihak Yang di Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin menyatakan dari awal lagi tidak berada di Istana Negara.
  • 2.10 petang Pasukan polis dan FRU menghalang 8000 penyokong keluar berarak dari pintu anjung Masjid Negara. FRU terpaksa berundur bagi mengelak kejadian tidak dingini berlaku. Hampir kesemua berpakaian baju T putih dengan tulisan merah 'Mansuhkan PPSMI', 'Daulatkan Bahasa Kebangsaan','Selamatkan Bahasa Ibunda','Tingkatkan Pengajian Bahasa Inggeris di Sekolah'. Mereka bergerak melalui Jalan Kinabalu dan di bulatan bergerak ke Jalan Kampung Attap dan Jalan Syed Putra dan menuju Istana Negara yang terletak di Jalan Istana. Keranda 152 yang diusung oleh pimpinan mahasiswa dari PKPIM telah menjadi panji-panji serta menyemarakkan lagi semangat rakyat yang hadir untuk terus mara walaupun dihujani gas pemedih mata.
  • 2.22 petang Trak merah FRU dan lori meriam air bergerak dari Taman Tasik Perdana mengikut Jalan Tun Sambanthan dan ke Jalan Syed Putra dan menghalang orang ramai di Lebuh raya Mahameru . Ketua polis memberi amaran kepada orang ramai jangan mendekati kawasan Istana Negara. Polis dan FRU akan menangkap sesiapa yang melanggar arahan, menahan mereka di dalam trak dan melepaskan tembakan gas pemedih mata.
  • 2.40 petang FRU yang berbaris di Lebuhraya Mahameru melepaskan 10 tembakan gas pemedih mata. A Samad Said turut terkena gas pemedih mata. Pimpinan mahasiswa PKPIM yang membawa keranda 152 berwarna coklat terpaksa lari menyelamatkan Keranda ketika terperangkap dalam gas yang menyesakkan tekak dan pedih mata . 3.00 petang Ustaz Ahmad Awang (PAS) turut berundur.
  • 3.30 petang FRU melepaskan tembakan di luar Masjid Negara. Mahfuz Omar , Dr Zulkifli Mohamad dan Syed Shahir Mohamad kelihatan berada di sana. Seramai 124 orang telah ditangkap di pelbagai lokasi.
  • 4.00 Kumpulan 1000 orang dipimpin Cikgu Bad dan Mohamad Sabu bergerak dari Jalan Tun Sambanthan menuju ke Pasar Seni .
  • Perhimpunan tamat selepas sembahyang Asar. [7]

Rujukan

WikiPedia: Perarakan_Keranda_Mac_2009 http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.malaysiakini.com/news/99785 http://universitipts.com/index.php/site/comments/b... http://universitipts.com/index.php/site/comments/p... http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_c... http://www.kesturi.net/archives/715